Di Sebuah Taman
Kota
Kosmopolitan 2001…
Para pekerja yang
sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu
mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas
paramedik begitu sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda-mudi yang
terperangkap di dalam sebuah kereta di taman tersebut. Nahas bagi pasangan
merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka dalam keadaan
yang sungguh tragik.
Apa yang terjadi
sebenarnya?
Ternyata
sepasang muda-mudi itu nekad bunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta
dengan keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan
berpelukan dan saling berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggung jawab
memisahkan antara dua jasad tersebut. Begitu ‘mengharukan’!. Didalam kereta tersebut ditemui selembar
kertas yang telah mereka tanda tangani. Antara kandungannya; tolong jangan
pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami
sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka
melakukan ini demi menyelamatkan cinta ‘sejati’ yang ‘suci’ ini kerana orang tua
tidak merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah…!
Di sebuah rumah
di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau…
Abdullah bin Abu
Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang
wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia,
berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat
mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut pandangan
manusia.
Pada suatu hari,
ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk
shalat berjamaah di masjid. Namun apabila beliau dapati anaknya sedang
berbual-bual dengan Atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya
dan meneruskan perjalanan ke masjid.
Setelah selesai
menunaikan shalat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya.
Alangkah kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya masih bersenda
gurau dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan shalat di masjid.
Lantas Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, lalu bertanya
: “ Wahai Abdullah, adakah kamu shalat berjamaah ?” Tanpa berpikir
panjang Abu Bakar berkata : ““Wahai Abdullah, Atikah
telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah
melengahkan kamu dari shalat fardlu, ceraikanlah dia!” Demikianlah perintah Abu
Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu bakar dapati anaknya mula
melalaikan hak Allah. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan isterinya
yang cantik. Ketika beliau dapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga
menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.
Lalu bagaimana
tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba
membunuh diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan
isteri yang cantik dan amat dicintainya. Subhanallah!!!
Dari dua petikan
kisah di atas, marilah kita sama-sama merenung tentang hakikat dan bagaimana
cinta sejati , tulus dan suci itu sebenarnya.
Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa dipenuhi dengan warna-warna
cinta. Malah boleh kita ungkapkan bahawa kehadiran manusia di muka bumi ini
disebabkan Allah SWT mencampakkan suatu perasaan di dalam jiwa manusia, itulah
CINTA.
Membicarakan
tentang cinta ibarat menuras air lautan dalam yang kaya dengan pelbagai khazanah
alam. Tak kan
pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari
sekecil-kecil ikan hingga ikan paus yang terbesar. Dari kerang sampai mutiara
malah jika diizinkan Allah, kita mungkin menemui bangkai kapal dan bangkai
manusia!!!
Usia sejarah
cinta seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu tempat ada 1000
manusia maka di situ ada 1000 kisah cinta. Dan jika di muka bumi ini ada lebih 5
million manusia, maka sejumlah itu pulalah kisah cinta akan
digelar.
Walau berapa
banyak pun nuansa cinta yang menjelma menjadi sebuah syair, drama, filem, lagu
dan berbagai bentuk hasil seni lain, namun pada hakikatnya cinta itu hanya ada
dua buah versi sahaja. Versi cinta nafsu (syahwat) dan cinta
Rabbani.
Yang menjadi
persoalan sekarang adalah mampukah kita membedakan yang mana cinta syahwat dan
mana cinta Rabbani?
Derasnya arus
ghazwul fikr (serangan pemikiran) dalam kesenian terutamanya, telah mampu
membungkus cinta syahwat sehingga ia tampil sebagai cinta “suci” yang mesti
diperjuangkan, dimenangkan dan diraih seterusnya untuk
dinikmati.
Manusia seakan
lupa pada sejarah. Lupa pada kisah-kisah tragik yang berakhir di hujung pisau
atau dalam segelas ‘penawar’ rumpai. Mereka semua rela diseret dan dijeremuskan
ke dalam lubang ‘neraka’ hanya untuk mengejar salah satu rasa dari sekian banyak
rasa yang ada disudut hati manusia, itulah cinta.
Cinta memiliki
kekuatan luar biasa. Dan kekuatan cinta (the power of love) mampu menjadikan
manusia peribadi yang sangat nekad atau sangat taat. Nekad dalam konteks sangat
berani dalam melanggar peraturan-peraturan Allah seperti berkhalwat
(berdua-duaan dengan bukan mahram), berkasih-kasihan lelaki dan perempuan,
berpegangan tangan, mempertontonkan adegan berahi percuma di khalayak ramai
apatah lagi dalam sembunyi. Atau jika cinta tak mendapat restu dari orang tua,
pasangan akan nekad, terus lari dari rumah atau berzina (na’udzubillah min
dzalik). Dan tidak sedikit pula yang begitu nekad sanggup melakukan perbuatan
yang dilaknat Allah iaitu membunuh diri demi cinta.
Pribadi-pribadi
nekad seperti ini menjadikan cinta sebagai tujuan bukan sebagai sarana mencapai
tujuan. Oleh itu tidak hairanlah jika kita temui pelbagai kelakuan aneh para
pencari cinta yang tak masuk akal. Sebab apa yang mereka tuju adalah suatu yang
abstrak, tidak jelas dan bukan perkara yang pokok. Mereka sibuk mencari dan
mengertikan makna cinta sementara lalai terhadap Dzat yang menganugerahkan
cinta. Dzat yang menumbuh suburkan rasa cinta. Dzat yang memberikan kekuatan
cinta. Dzat yang paling layak dicintai, kerana Dia juga Empunya nikmat cinta.
Allah Rabbul ‘Alamin.
Kisah tragik di
awal tulisan ini memberikan gambaran jelas sikap manusia yang rela mengorbankan
diri demi sepotong cinta. Muda-mudi yang nekad bunuh diri dengan pelbagai cara
ini pada dasarnya belum mengenali hakikat cinta. Cinta yang mereka kenal selama
ini adalah cinta yang ditunggangi oleh nafsu syahwat. Dan joki penunggangnya
adalah syaitan laknatulllah. Pada momen ini syaitan berteriak keriangan sambil
mengibar-ngibarkan bendera kemenangan kerana berhasil menjerumuskan anak cucu
Nabi Adam dalam neraka jahannan dengan dalih cinta yang begitu murah
nilainya.
Sebuah kisah
lain tentang tragedi cinta dan kebodohan manusia yang
amat memalukan berlaku di Dhaka. Menurut
laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri tersebut, seorang ayah dan
anaknya mati saling tikam menikam hanya kerana merebut cinta seorang gadis.
Tragedi bermula apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering
menjadi teman asmaranya pada waktu yang berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah
pada suatu saat mereka terserempak pada waktu yang sama. Maka tragedi pun
bermula. Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada pertengkaran dan
akhirnya pergelutan dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat
tertusuk di perutnya. Namun sebelum rebah ia berjaya menancapkan belati di
jantung anaknya. Matilah keduanya. Dan pastilah neraka tempat
kembalinya.
Itulah tragedi
cinta. Cinta memang tak kenal warna. Cinta tak kenal baik-buruk. Cinta tak kenal
rupa dan pertalian darah. Memang begitulah adanya. Kerana yang mampu mengenal
warna dan baik-buruk adalah pelaku-pelaku cinta yang menggunakan akal
fikirannya.
Sebaliknya cinta
juga mampu melahirkan peribadi-peribadi yang mengagumkan. Peribadi yang tak
takut kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada sesuatu. Namun kerana
cinta yang hadir dipenuhi dengan nuansa keimanan, maka mereka rela mengorbankan
apa saja yang mereka amat cintai demi memperolehi keredhaan Dzat Pemberi cinta.
Jiwa mereka tidak gundah gulana kerana kehilangan cinta duniawi kerana Allah
sebagai Dzat pemberi ketenteraman Peribadi-peribadi taat ini amat menyedari
bahawa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan. Mereka yakin kenikmatan
cinta tak ada ertinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta. Maka yang
mereka cari adalah redha dan cinta Allah, bukan cinta yang bersifat
sementara.
Kisah Abdullah
putera Abu Bakar RA menjadi contoh kematangan pemuda yang mengenal erti cinta.
Bayangkan!! Dia memiliki isteri yang amat cantik, berakhlak mulia, berkedudukan
tinggi dan berharta. Namun apabila ayahandanya memerintahkan untuk menceraikan
isterinya, dengan alasan isterinya telah melalaikan Abdullah dalam menunaikan
hak Allah seterusnya akan melengahkan Abdullah berjihad di jalan Allah. Maka apa
reaksi Abdullah? Tidak!! Abdullah tidak marah langsung pada ayahnya. Atau
berusaha mengambil pedang dan ingin memenggal kepala si ayah yang berusaha
memisahkan jalinan cinta yang memang sudah sah itu. Sekali lagi tidak!! Pemuda
yang bernama Abdullah melihat perintah itu dengan kacamata cinta yang diberikan
Allah. Ia rela menceraikan isteri yang dicintainya demi mempererat hubungan
cinta dengan Allah. Subhanallah… Masih adakah pemuda-pemuda seperti peribadi
Abdullah di zaman globalisasi kini?
Begitulah cinta.
Ia mampu melambungkan manusia pada derajat kemuliaan yang tak terhingga.
Manakala frekuensi atau gelombang cintanya juga sudah selari dengan frekuensi
atau gelombang cinta yang Allah kehendaki. Semuanya akan senada seirama. Tak ada
dengung sumbang, tak ada nada ternoda. Demikian indah dan asli irama cinta
sejati.
Sumber
: Mihwar
pesantrenonline.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar